Monday, 30 April 2012

JENIS IKATAN BATA YANG BIASA DIGUNAKAN

SUSUNAN SISI BATA
Dalam susunan jenis ini, setiap lapisan bata terdiri daripada sisi bata (bata disusun dalam arah memanjang. Jarak sambungan lapisan yang bertindih ialah setengah bata. Hujung dinding hendaklah dimulai atau diakhiri dengan satu bata kerat setengah atau satu sisi bata secara berselang seli bagi lapisan dinding itu. Susunan ini hanya boleh digunakan untuk dinding yang tebalnya setengah bata sahaja dan tidak boleh sama sekali digunakan untuk dinding yang lebig tebal daripada ini. Jenis ikatan ini sesuaidigunakan pada binaan asasatau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.
Contoh Gambar Rajah

SUSUNAN KEPALA BATA
Dalam susunan ini, unit-unit bata dalam semua lapisan bata disusun dalam melebar. Lapisan-lapisan ini dinamakan lapisan kepala bata. Dengan susunan begini, akan kelihatan bahawa permukaan dinding yang dibina itu hanya terdiri daripada kepala bata sahaja.  Susunan ini adalah lemah, tetapi amat berguna untuk membina dinding yang melengkung dan sesuai untuk untuk dinding setebal satu bata.
Contoh Gambar Rajah

SUSUNAN FLEMISH
Dalam susunan Flemish, semua lapisan bata terdiri daripada kepala bata dan sisi bata, yang diikat secara berselang-seli, yakni unit-unit bata dalam setiap lapisan disusun memanjang dan melebar berselang seli. Kedudukan kepala bata pada satu lapisan diletak di tengah-tengah sisi bata lapisan disebelah atas dansebalah bawahnya, supaya memenuhi prinsip ikatan bata. Untuk mendapat ikatan ini, batu-bata penutup setengah diselitkan di satu hujung nya dalam lapisan yang berselang-seli.
Contoh Gambar Rajah






No comments:

Post a Comment